Tuesday, April 21, 2009

kisah cinta liya

(*) Dengarkanlah kisah cinta liya,
Gadis idamanku zaman remaja,
Jalannya x semanis cinta biasa,
Namun akhirnya terus berbunga,
Cinta lahir dari rasa benci,
Cinta lahir dari sebuah puisi,
Namun kisah x kekal selamanya,
Cuma ia sewaktu remaja.

Mentari cerah,
Beralun kicauan burung meriah,
Aku teringat indahnya zaman sekolah,
Di sana terlihat sekumpulan gadis popular,
Dia tersanjung pula terlihat kumpulan gangster,
Hari pertama biasa hari kenalan,
Sorang pesorangan nama diperkenalkan,
Betapa ramai gadis manis dalam kelas ku,
Bagai sekumpulan ratu cantik sedang beratur,
Mata lekat pada sorang gadis bernama liya,
Ramai jejaka di sekolah gaduh rebutkan dia,
Tahunya begitu aku terus buang harapan,
X mahu ku jadi mangsa pukul kerna perempuan,
Namun terkejutku dengan cerita yang telah tersebar,
Liya terpikat padaku ingin ku jadi pacar,
Tiba-tiba tina kata jangan terus percaya,
Dia cuma tunjuk dia boleh pikat semua jejaka.
Ulang (*)

Sah memang benar, Liya dah dicabar,
Kalau dapat aku dalam satu minggu menang besar,
Kalau kalah, liya kena hukum,
Beli makanan tuk kawan-kawan sedia maklum,
Dan hari isnin liya mulakan strategi,
Dia Cuma ada masa dalam lima hari,
Liya dekat padaku, duduk disebelah,
Minta aku tulis puisi untuk letak dalam majalah,
Aku kata boleh saja sambil beri muka selamba,
Esok hantar kalau idea sudah ada,
Lonceng pun berbunyi lalu aku terus beredar,
Tinggalkan liya dibelakang dengan muka kecewa,
Tinggal satu hari godaannya x ku layan,
Liya putus asa dan tunjukkan muka bosan,
Dia kata x pernah dia jumpa orang sepertiku,
Sombong mengada-ngada jual mahal nanti x laku.
Ulang (*)

Dan hari itu aku hantar puisi di mejanya,
Puisi tentang cinta yang bukan mainan semata,
Di situ ku tulis bahawa aku tahu niatnya,
Namun tetap ku luahkan rasa cintaku padanya,
Dia mula sedar dan memohon maaf padaku,
Tapi dalam mainan dia benar cinta padaku,
Cuma terlalu payah egonya untuk mengaku,
Tapi ku x kisah yang berlalu biar berlalu,
dan yang pasti cinta kami mula bersemi,
benarkan asmara disirami setiap hari,
ramai x percaya kata liya telah berubah,
perubahan gadis terpopular dalam sekolah,
liya serahkan cintanya Cuma hanya untuk diriku,
lalu ramai rasa dengki ramai juga rasa cemburu,
budak lapor kami berduaan di tempat sunyi,
hingga kami dibuang skolah dan x pernah jumpa lagi.
Ulang (*)

No comments:

Post a Comment